(VIDEO) TERKINI: PKPB Disambung Empat Minggu Sehingga 9 Jun 2020

Putrajaya, 10 Mei: Kerajaan memutuskan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga bulan hadapan.

Hal itu diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi.

“Atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), saya ingin mengumumkan PKPB yang berkuatkuasa hingga 12 Mei 2020 akan disambung lagi sehingga 9 Jun 2020 iaitu selama empat minggu lagi.

“Ini bermakna semua peraturan dan SOP sepanjang PKPB ini dikekalkan hingga 9 Jun 2020,” kata beliau.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Info Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

5113