Harga RON95, RON97 & Diesel Kekal

Minyak petrol RON95. – Foto NSTP/Luqman Hakim Zubir

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol bagi RON95 dan RON97 masing-masing kekal untuk dua minggu berturut-turut pada paras RM1.25 seliter dan RM1.55 seliter bermula 9 Mei hingga 15 Mei 2020.

Menerusi kenyataan media Kementerian Kewangan pada Jumaat, harga runcit diesel turut kekal yang mana masih berada di paras RM1.40 seliter.

Ini bermakna, harga runcit minyak di negara ini tidak berubah untuk minggu kedua berturut-turut.

Tambah kenyataan itu, ia berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Info Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1058