Sabah Laksana PKP Tahap 5 Bermula Hari Ini

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri memutuskan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) tahap lima di Sabah yang akan dilakukan secara berperingkat.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, berkata pelaksanaan PKP kelima itu akan bermula 7 Mei ini dan tertakluk kepada posedur operasi standard (SOP) dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

Beliau turut menyatakan terdapat beberapa sektor di Sabah dibenarkan beroperasi di peringkat ini.

“Antara sektor yang dibenarkan beroperasi untuk peringkat permulaan ini membabitkan sektor pertanian dan industri makanan (serta rangkaiannya), perkilangan dan pembuatan (serta rangkaiannya) danoperasi logistik seperti pengangkutan darat, jeti serta pelabuhan.

“Selain itu, pihak kita juga memutuskan kilang dan ladang sawit di Daerah Lahad Datu, Kunak dan Kinabatangan dibenarkan beroperasi semula tertakluk kepada pengesahan bebas COVID-19 daripadaJabatan Kesihatan Negeri Sabah,” katanya.

Beliau dalam kenyataan media terbabit turut menyatakan keputusan itu dibuat dengan mengambil maklum akan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam kawasan Tempatan Jangkitan) (No.5) yang mula berkuatkuasa pada 4 Mei hingga 12 Mei ini di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Shafie turut menegaskan, keselamatan dan kebajikan rakyat Sabah merupakan keutamaan kerajaan negeri. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Info Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

45744