COVID-19: 74 Sembuh Hari Ini, 39 Kes Baharu, Tiada Kematian

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (kiri). – foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Sebanyak 74 kes sudah sembuh jangkitan COVID-19 dilaporkan hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 4,776 atau 73.9 peratus daripada keseluruhan kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah itu lebih tinggi berbanding jumlah kes baharu yang dilaporkan hari ini.

Hingga jam 12 tengah hari tadi, sebanyak 39 kes baharu dilaporkan iaitu satu kes dari kes import dan selebihnya dari penularan tempatan yang dikesan dari kluster dan lokaliti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Dengan pertambahan jumlah kes baharu itu ia menjadikan jumlah kes positif COVID-19 sebanyak 6,467 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 1,584 kes. Mereka kini sudah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya dalam sidang media harian COVID-19, di sini.

Dalam pada itu Noor Hisham turut memaklumkan hari ini tiada pertambahan kes kematian dan jumlahnya kekal sebanyak 107 kes atau 1.65 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Info Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *