
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan terdapat 30 kes baharu jangkitan COVID-19 setakat pukul 12 tengah hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah tersebut menjadikan jumlah kes keseluruhan adalah sebanyak 6,383 kes bersamaan 1,710 kes aktif.
“Daripada 30 kes baharu tersebut, semuanya melibatkan kes tempatan dan tiada kes import.
“21 kes daripadanya dikenal pasti daripada kluster kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) manakala 24 kes melibatkan warga asing,” katanya dalam Sidang Media Harian secara langsung, hari ini.
Dalam pada itu, Hisham menambah, dukacita dimaklumkan terdapat satu kematian baharu dicatatkan menjadikan keseluruhan kematian sebanyak 106 kes.
“Kes 106 adalah daripada kes ke 830, seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 47 tahun.
“Beliau dimasukkan ke hospital swasta pada 15 Mac lalu sebelum dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh pada 16 Mac selepas disahkan positif COVID-19.
“Beliau meninggal dunia pada 5 Mei (hari ini) pukul 2.10 pagi,” tambahnya lagi.
Daripada 30 kes baharu positif Covid-19, tiada kes import dilaporkan. 21 daripada jumlah tersebut dikesan dari kluster dan PKPD manakala 9 lagi dikesan dari lain-lain kes tempatan. @DGHisham pic.twitter.com/dbZ5IYU7rZ
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) May 5, 2020
Sumber: KKM