(VIDEO) ‘Pontianak’ Gemparkan Pengguna Jalan Raya Di Papar

PAPAR: Penduduk sekitar daerah ini gempar dengan kewujudan sebuah patung pontianak yang diletakkan di tengah-tengah bulatan Jalan Papar – Kimanis.

Kewujudan patung berwarna putih dan berambut panjang itu dikhuatiri boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang panik apabila terlihatnya terutama ketika memandu pada waktu malam.

Video mengenai kewujudan patung itu mula ditularkan di media sosial Facebook dan Whatsapp sejak semalam.

Video yang dikongsikan pengguna Facebook itu memperoleh lebih 36,000 views.

Motif patung itu diletakkan di bulatan berkenaan tidak diketahui.

Bagaimanapun, ada yang beranggapan patung itu diletakkan di situ bagi menghalang penduduk berkeliaran pada waktu malam sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). – BorneoToday

17348