PKPB: Ini Senarai Aktiviti Yang Masih Dilarang

KUALA LUMPUR: MAJLIS Keselamatan Negara (MKN) mengeluarkan senarai aktiviti-aktiviti yang tidak dibenarkan semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Memetik kenyataan itu, senarai aktiviti di bawah tidak dibenarkan berdasarkan beberapa justifikasi yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Antaranya:

Sukar untuk mengawal keadaan di mana terdapat ramai orang pada satu-satu masa

Kemungkinan pendedahan kepada titisan pernafasan

Sukar untuk mengawal keperilakuan

Kemungkinan kontak rapat dalam masa panjang yang tidak dapat dielakkan

Keberadaan di dalam ruang rapat dan tertutup dalam masa yang lama

Bagaimanapun, senarai ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa dan pembukaan sektor ekonomi dalam senarai di bawah dibuat secara berfasa, bergantung kepada keadaan kesihatan semasa dan ketersediaan perniagaan.

1. Hiburan dan Riadah

Panggung Wayang

Pusat Karoake

Taman Tema

Muzium

Busking

2. Perayaan, Perarakan dan Perhimpunan

Perarakan Keagamaan

Aktiviti agama berjemaah di Masjid / Rumah Ibadat

Sambutan Hari Ulang Tahun Pasukan Pasukan Keselamatan (Perarakan)

Sambutan Hari Raya kecuali dengan ahli keluarga terdekat (*Perjalanan pulang hari raya akan di umumkan kelak)

3. Persidangangan dan Pameran

Pameran Kerjaya

Pameran Perkahwinan

Promosi dan Pakej Pelancongan

Karnival Jualan

Semua Jenis Persidangan yang melibatkan kumpulan yang ramai

4. Pendidikan

Sukan semasa sesi persekolahan

Aktiviti kokurikulum bersemuka

Sebarang bentuk perhimpunan sekolah

Sebarang bentuk majlis atau program yang mengumpulkan lebih daripada 10 orang

5. Sukan

Pertandingan sukan yang melibatkan perhimpunan penyokong / penonton yang ramai (stadium)

Segala aktiviti sukan dalaman (indoor sports including gymnasiums)

Kolam renang

Sukan bersentuhan (Contact Sports) contoh ragbi, gusti, boxing, bola sepak, bola keranjang

6. Aktiviti Sosial

Kenduri – kendara

Majlis perkahwinan dan sambutan ulang tahun atau sebagainya

7. Pengangkutan

Kapal Persiaran

8. Perniagaan Berpremis / Penjajaan Tanpa Premis / Pasar Berbangunan / Pasar Tanpa Premis / Peruncitan / Serbaneka Makanan & Minuman

Bilangan pelanggan yang terlalu ramai pada satu-satu masa (tertakluk kepada pengiraan radius jarak minimum 1m)

Bazar Ramadan

Bazar Hari Raya

9. Kemudahan Penginapan Berpusat Pekerja (CLQ)/ hostel/ asrama pekerja di sektor pembuatan dan lain-lain sektor)

Terima pelawat

Bersosial dan bersukan secara berkumpulan

Solat berjemaah/Aktiviti aktiviti ibadah lain

10. Pemasangan dan Penyenggaraan Jentera (lif, eskalator, dandang dan lain-lain) bagi sektor perkhidmatan/ tower crane di tapak bina

Menjalankan kerja secara berkumpulan lebih dari 10 orang

11. Kedai Pakaian Dan Aksesori Fesyen

Aktiviti fitting pakaian

12. Dobi ( khusus dobi layan diri)

Aktiviti melipat pakaian

13. Ceramah/Seminar/Kursus/Latihan secara bersemuka

14. Aktiviti Pensijilan bagi Agrikomoditi

15. Kedai Gunting Rambut dan Salun Kecantikan

16. Perbankan dan Perkhidmatan Kewangan

Urus niaga mendapatkan jualan (sales and marketing activities) di luar premis institusi kewangan, atau kawasan awam, tidak dibenarkan buat masa ini sehingga di umumkan kelak

17. Pengurusan Perhutanan

Ekopelancongan Hutan

Latihan Perhutanan

18. Perlombongan dan Pengkuarian

Permohonan baharu bagi Peperiksaan Teori & Amali Pembedil (Peletupan)

19. Perladangan dan Pertanian

Hari Bertemu Pelanggan

Hari Jualan Barang Bekalan Ladang (BBL)

Pesta makan buah-buahan

Kursus/ Seminar

Konvokesyen Institut Pertanian

Lelongan jualan produk ternakan seperti ayam, telur, daging dan sebagainya

20. Perikanan

Aktiviti perikanan rekreasi

Pusat Taman Laut, pameran dan aquarium

21. Seni Kreatif

Penggambaran filem

Acara/konsert/program yang melibatkan orang awam di studio atau tempat awam

22. Kebudayaan dan Kesenian

Pameran yang melibatkan interaksi antara pekarya dan pelawat

23. Pelancongan dan Perhotelan

Penggunaan Fasiliti Hotel Seperti Surau, Gimnasium, Spa, Sauna, Lounge, Kolam Renang, Bilik Mesyuarat, Dewan Seminar, Bilik Latihan, Restoran dan Café (bagi tujuan buffet) – BH Online

9771