Semua Gerai Jual Sayuran, Ikan, Hasil Laut Diarah Tutup Di Tawau

Foto Ihsan Facebook BESTAWAUfm

TAWAU; 30 APRIL 2020 (Khamis) – Semua gerai menjual sayur dan ikan serta hasil laut lain yang dibuka di beberapa kawasan di daerah Tawau diarah tutup dan diletakkan garisan larangan untuk berniaga oleh Majlis Perbandaran Tawau (MPT) bermula kelmarin.

Hasil tinjauan RTM mendapati, gerai-gerai berkenaan membabitkan antaranya kawasan Taman Ria, Hill Top, Jalan Air Panas, Batu 8 Ranggu, Kampung Titingan, gerai-gerai di Pasar Central, serta beberapa gerai yang wujud di Supermarket dan premis kedai runcit.

Foto Ihsan Facebook BESTAWAUfm

Bagaimanapun, ada di antara penjaja berkenaan ditempatkan di pasar yang dibenarkan beroperasi berhampiran zon masing-masing selepas memohon kelulusan pihak MPT.

Sebelum ini Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Datuk Insyiur Amrullah Kamal menyatakan, bagi mengelakkan orang ramai tertumpu di Pasar Besar Tawau membeli keperluan sehingga menyebabkan kesesakan lalulintas serta kehadiran orang ramai sepanjang tempoh PKP, Tawau telah dibahagikan kepada 6 zon.

Pembahagian zon berkenaan membenarkan orang ramai membeli keperluan hanya di zon masing-masing tidak melebihi radius 10 kilometer.

Pasar yang dibenarkan beroperasi mengikut zon, Pasar Besar Tawau, Pasar Semarak, Sin On, Batu 5 Apas, Bandar Sri Indah dan Taman Sawit Balung.Sementara itu penjaja yang ditemui pemberita RTM menyambut baik usaha MPT yang memberi mereka peluang untuk terus berniaga walaupun diminta berpindah dari tapak asal masing-masing.

Foto Ihsan Facebook BESTAWAUfm
Foto Ihsan Facebook BESTAWAUfm
Foto Ihsan Facebook BESTAWAUfm
Foto Ihsan Facebook BESTAWAUfm

SumbeR: #BESTAWAUfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *