TERKINI: Kes Pulih Meningkat, Tiada Kematian Hari Ini

PUTRAJAYA: Bilangan kes pulih Covid-19 melebihi kes jangkitan baharu terus dicatatkan apabila 100 kes pulih dan dibenarkan keluar wad diumumkan semalam berbanding kes baharu.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya dan dibenarkan keluar wad adalah sebanyak 3,862 kes atau 66.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes positif Covid-19 di negara ini pula adalah 38 kes dan jumlah kes positif adalah 5,780.

“Sehingga kini, seramai 36 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah itu, 15 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Maklumat terkini yang dilaporkan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 hari ini.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 98 kes,” katanya pada sidang media Covid-19 di Putrajaya hari ini.

SumbeR: KKM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *