Ops Covid: Polis Tahan Dua Warga Asing Rampas 601.05 Gram Syabu

Foto Polis Daerah Tawau

TAWAU, 23 April 2020 – Polis Tawau berjaya merampas dadah jenis syabu seberat 601.05 gram bernilai RM36,000 dalam satu tangkapan di Pulau Sebatik, Tawau 21 April lepas.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Ak Umbuas berkata, tangkapan melibatkan dua lelaki warga asing berusia lingkungan 41 dan 39 Tahun dilakukan sepasukan anggota Balai Polis Bergosong, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau semasa menjalankan Op COVID-19 pada jam 10.00 malam.

Foto Polis Daerah Tawau

Katanya, kedua-dua lelaki itu menaiki sebuah motosikal dalam keadaan yang mencurigakan di kawasan pintu masuk utama Ladang Teck Guan Sdn Bhd, Pulau Sebatik, Tawau.

“Semasa pihak Polis sedang membuat rondaan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) bertindak atas maklumat berkenaan, semasa intipan dibuat, pihak Polis telah menahan sebuah motosikal yang dinaiki oleh dua orang lelaki dalam keadaan mencurigakan. Pemeriksaan ke atas tubuh badan kedua-dua suspek tidak menjumpai apa-apa barang salah.

Pemeriksaan lanjut ke atas motosikal yang dinaiki suspek telah menemui satu kotak yang berbungkus plastik tergantung di ruang hadapan motosikal tersebut, hasil pemeriksaan dalam kotak tersebut Polis menemukan satu bungkus pastik berwarna hitam di dalamnya terdapat satu bungkus plastik lutsinar yang mengandungi hablur jernih disyaki dadah jenis syabu,” katanya dalam sidang media di IPD Tawau, petang tadi. Hasil pemeriksaan mendapati, kedua-dua suspek tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri dan dipercayai warganegara asing.

Foto Polis Daerah Tawau

Kedua-dua suspek dipercayai dalam perjalanan ke wilayah Indonesia di Pulau Sebatik menggunakan jalan darat dengan menunggang motosikal.

Beliau berkata semua suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berdahaya 1952 dan seksyen 269 Kanun Keseksaan, polis tidak menolak kemungkinan mereka terbabit dengan sindiket pengedaran dadah.

Katanya suspek yang merupakan buruh ladang juga disiasat mengikut Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) (No 3) 2020 kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan.

SumbeR: Polis Daerah Tawau

1159