
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat 50 kes baru Covid-19. Perkara tersebut disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datu Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu sidang media Perkembangan Covid-19 di Malaysia yang berlangsung sebentar tadi.
Sehingga 22 April 2020 jam 12 tengah hari, terdapat 50 kes baru dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif adalah 5,532 kes. Manakala, pesakit yang dirawat di ICU adalah seramai 43 orang dan 25 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.
Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu kematian hari ini. Kumulatif kes kematian adalah sebanyak 93 kes atau 1.68 % daripada jumlah keseluruhan.
SumbeR: KKM