MetMalaysia Keluarkan Amaran Ribut Petir Di Beberapa Daerah Di Sabah Petang Ini

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di pantai timur dan pantai barat Sabah bermula petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir bagi beberapa daerah di negeri ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, dijangkakan daerah yang terlibat ialah Pantai Barat, Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan (Tongod dan Kinabatangan) dan Kudat.

Orang ramai yang berada di kawasan berkenaan dinasihatkan untuk lebih berhati-hati terutamanya bagi yang merancang aktiviti pada petang ini.

https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/2781077968608815:0

SumbeR: Malaysian Meteorological Department

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *