Covid-19: Tiada Kematian Direkodkan Hari Ini

PUTRAJAYA – Buat julung-julung kalinya pada gelombang kedua pandemik Covid-19, Malaysia mencatatkan sifar kematian.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media sebentar tadi.

“Sukacitanya tiada kes kematian direkodkan hari ini,” katanya.

Pada 17 Mac lalu, negara ini mencatatkan dua kes pertama membabitkan seorang peserta perhimpunan tabligh sri Petaling dan seorang paderi di Sarawak.

818