95 Individu Ditahan Sepanjang Tempoh PKP Di Tawau

Foto Polis Daerah Tawau

TAWAU, 19 April 2020 – Seramai 95 individu, ditahan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah Tawau.

Daripada jumlah itu, 7 orang ditahan dalam tempoh PKP fasa pertama dari 18 hingga 31 Mac lalu, 73 lagi PKP fasa kedua dari 1 hingga 14 April dan 15 lagi PKP fasa ketiga dari 15 hingga 17 April.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Dato’ Zaini Bin Jass, berkata 95 individu berkenaan sudah didakwa di mahkamah atas pelbagai kesalahan, termasuk ingkar arahan, amaran dan nasihat polis dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Foto Polis Daerah Tawau

Semua yang ditahan tidak mematuhi arahan pihak polis, selain memberikan alasan tidak munasabah,“Kesemua kes disiasat mengikut Seksyen 22(a) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (APPPB) 1988, Peraturan 7 serta Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Dato’ Zaini sekali gus memohon kerjasama orang awam supaya mematuhi arahan PKP bagi membantu pihak berkuasa memutuskan rantaian penularan COVID-19.

“Pada PKP fasa ketiga ini, polis akan mengambil tindakan lebih tegas terhadap individu yang didapati ingkar arahan PKP, beliau mengulas ketika mengadakan lawatan dan pemantauan di IPD Tawau, petang tadi.

Beliau turut melihat sendiri pematuhan masyarakat di daerah ini serta memberi sokongan, motivasi dan semangat kepada semua petugas – petugas barisan hadapan dalam menggalas tugas melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) Tahap 3 yang telah diamanahkan dengan pelbagai cabaran yang dihadapi.

Mengulas lanjut, kadar pematuhan masyarakat Tawau terhadap PKP juga semakin meningkat dan telah diterima baik keperluan ke atas pematuhan PKP ini dan juga turut diberikan nasihat kepada orang ramai agar terus mematuhi PKP dengan sentiasa berada dirumah dan mengamalkan penjagaan kesihatan diri dan social – distancing.

Hadir sama Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Sabah, SAC Zabidi bin MD Zain, Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Ak Umbuas, Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Suprintendan Nor Azizulkifli bin Hj. Mansor, ketua-ketua bahagian dan cawangan, pegawai kanan dan anggota IPD Tawau.

SumbeR: Polis Daerah Tawau

575