Covid-19: 12 Sembuh Dibenarkan Keluar Dari Hospital, 2 Kes Baharu Di Sabah Hari Ini

KOTA KINABALU: Seramai 12 lagi pesakit Covid-19 di Sabah telah sembuh dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh kini sebanyak 184.

Statistik terbaharu yang disiarkan Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung, turut menunjukkan dua lagi kes positif Covid-19 hari ini.

Dua kes itu masing-masing di Tuaran dan Ranau, menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Sabah sekatat ini sebanyak 308.

Jika mengambil kira jumlah kes sembuh serta pesakit yang telah meninggal dunia, kes aktif di Sabah setakat ini ialah sebanyak 120.

Sementara itu, tiada kes kematian dicatatkan hari ini dengan jumlah korban akibat Covid-19 di Sabah kekal empat kes iaitu dua di Kota Kinabalu dan masing-masing satu di Tawau serta Tambunan.

Sabah juga kekal negeri keenam tertinggi mencatatkan kes Covid-19 selepas Selangor yang merekodkan jumlah 1,345 kes, Kuala Lumpur (1,008), Johor (644), Sarawak (414) dan Negeri Sembilan (408).- Berita Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *