Pergerakan Penduduk Pulau Gaya Ke KK Diperketat

Habibi Majinji

KOTA KINABALU: Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi penduduk Pulau Gaya ke Pasar Besar Kota Kinabalu diperketatkan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, pihaknya mengeluarkan arahan membenarkan hanya dua bot beroperasi bagi setiap kampung di pulau berkenaan.

Katanya, penumpang bot berkenaan perlu dibuat saringan oleh penghulu kampung masing-masing mengikut keperluan dan kesesuaian.

“Operasi bot terbahagi kepada dua tempoh masa iaitu enam bot untuk tiga kampung pada jam 9 pagi hingga 12 tengah hari manakala enam lagi bot untuk tiga lagi kampung dari jam 2 petang hingga 5 petang.

“Bot ini hanya bergerak sekali sahaja untuk menghantar penumpang, menunggu dan balik semula.

“Penumpang hanya dibenarkan membeli keperluan asas dan perkara mendesak sahaja,” katanya ketika ditemui selepas melakukan pemantauan di Pasar Besar Kota Kinabalu pada hari pertama fasa tiga PKP hari ini.

SumbeR: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *