Langgar PKP, Lapan Individu Ditahan Di Sandakan

Empat ditahan berkumpul dengan melakukan aktiviti menjalan ikan.

SANDAKAN: Lapan individu termasuk empat dari mereka menjala ikan ditahan kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata pihaknya telah menahan empat lelaki kerana berkumpul dengan melakukan aktiviti menjala ikan di belakang Flat Taman Pertama Batu 8.

“Keempat-empat yang ditahan itu berumur dalam lingkungan 21 hingga 56 tahun,” katanya.

Beliau berkata empat lagi yang ditahan termasuk dua wanita di Taman Merpati Batu 7 kerana berkumpul tanpa alasan munasabah.

“Kedua tangkapan itu dibuat oleh Pasukan Pemantau Operasi COVID-19,” katanya.

Mohd Azhar berkata mereka yang ditahan ini kemudiannya dibawa ke Balai Polis Sandakan untuk proses pengeluaran kompoun.

Beliau berkata siasatan kes di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 11(1) Peraturan Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *