Sebanyak 16,654 Sampel Covid-19 Diambil Di Sabah

KOTA KINABALU: Seramai 231,980 orang telah menjalani saringan pemeriksaan Covid-19 di Sabah dengan 16,654 sampel diambil setakat ini.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Christina Rundi berkata, pada 9 April pula sebanyak 1,866 ujian pengesanan Covid-19 dijalanan dan enam ujian positif termasuk empat sampel ulangan.

Beliau berkata, dalam membantu mempercepatkan proses ujian sampel di negeri ini, makmal Institut Penyelidik Bioteknologi, Universiti Malaysia Sabah mula beroperasi sejak 9 April dan bermula semalam, perkhidmatan makmal Hospital Queen Elizabeth dijalankan di ruang kerja yang lebih besar selepas pengubahsuaian bilik selesai.

Mengenai pesakit Covid-19, sehingga 8 pagi semalam, 151 pesakit Covid-19 serta 97 orang pesakit dibawah siasatan (PUI) dan 63 pesakit dengan Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) sedang dirawat di enam hospital berpakar di seluruh Sabah.  Sehingga 9 April, keseluruhan pesakit sembuh adalah seramai 96 orang.

“Sehingga 9 April, sebanyak 949 orang masih berada di pusat kuarantin dan seramai 68 orang telah dibenarkan pulang pada hari ini. Jumlah pesakit di pusat kuarantin yang dibenarkan pulang pula setakat ini adalah sebanyak 495 orang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Menurutnya, individu yang berada dalam pemantauan perintah pengawasan dan pemerhatian kuarantin di rumah pula adalah seramai 12,682 orang.

Manakala, bilangan kontak rapat yang masih dalam perintah pengawasan dan pemerhatian oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) adalah seramai 6,920 orang. Sementara bilangan kontak rapat yang telah tamat tempoh kuarantin di rumah selama 14 hari adalah seramai 5,762 orang.

Menerusi Operasi Bersepadu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebanyak 317  premis telah diperiksa di seluruh negeri di mana lima premis diarah tutup dan tujuh premis di Sandakan dan Keningau diberikan notis amaran di bawah Peraturan 3(2), Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

Disamping itu, JKNS turut memperkukuhkan aktiviti saringan kesihatan di semua Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) negeri Sabah bagi menangani jangkitan Covid-19 selaras dengan arahan Kerajaan Sabah pada 26 Mac lalu.

Oleh itu, mana-mana penumpang yang mempunyai gejala akan dirujuk terus ke hospital manakala bagi  mereka yang balik dari luar negara akan dikuarantin selama 14 hari di Pusat Kuarantin yang disediakan.

Menyentuh tentang perhidmatan psikoedukasi kepada orang awam dan anggota kesihatan, setakat ini seramai 1,461 psikoedukasi telah diberikan kepada orang awam dan anggota kesihatan yang terlibat dengan wabak Covid-19 – BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *