Penumpang Penerbangan MH2606 KL-KK Pada 21 Mac Dicari Untuk Saringan Covid-19

PENAMPANG: Pejabat Kesihatan Kawasan (PKK) Penampang mengarahkan penumpang yang menaiki penerbangan Malaysia Airlines MH2606 dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu pada 21 Mac lalu untuk tampil menjalani ujian saringan Covid-19.

Keutamaan menjalani saringan adalah kepada penumpang yang duduk di barisan tiga dan empat (3A, 3C, 3D, 3F, 4A dan 4C).

Berdasarkan kenyataan PKK Penampang dalam satu paparan Facebook meminta penumpang penerbangan pesawat itu supaya menghubungi PKK Penampang di talian 087-722857 atau 019-6054657 secepat mungkin bagi menjalani saringan Covid-19.

Setakat hari ini, daerah Penampang melaporkan 10 kes positif Covid-19 daripada jumlah keseluruhan 260 kes Covid-19 di Sabah.

Setakat ini, sebanyak tiga kematian direkodkan di Sabah dan 103 kes pulih sepenuhnya.

3505