COVID-19: Sabah Catat 10 Kes Positif, 3 Sembuh Hari Ini

KOTA KINABALU: Kes Covid-19 di Sabah meningkat sebanyak 10 kes, hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kini sebanyak 260 kes.

Pertambahan itu membabitkan enam daerah iaitu Tawau dan Penampang yang masing-masing meningkat tiga kes manakala Sandakan, Kinabatangan, Beaufort, dan Keningau masing-masing meningkat satu kes.

Menurut statistik terbaharu yang disiarkan Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Phoon dalam Facebook beliau sebentar tadi juga menyaksikan tujuh lagi pesakit Covid-19 telah sembuh.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang telah sembuh dan discaj kini seramai 103 orang.

Sementara itu, tiada kematian akibat wabak terbabit di Sabah, hari ini, dengan jumlah kes kematian kekal tiga iaitu masing-masing di Tawau, Tambunan dan Kota Kinabalu.

Sabah juga kekal negeri keenam tertinggi mencatatkan kes Covid-19 selepas Selangor yang merekodkan jumlah 1,183 kes, Kuala Lumpur (759), Johor (544), Sarawak (334) dan Negeri Sembilan (309). – Berita Sabah

1587