PKP: JPJ Bersetuju Bantu Pihak Polis Dalam Sekatan Jalan Raya – Menteri

PUTRAJAYA: Sidang media perkembangan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri pada hari ini berkaitan dengan sikap sebilangan rakyat yang masih ingkar dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan.

Susulan daripada itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersetuju bersama-sama berganding bahu membantu pihak polis dalam sekatan jalan raya Ops Covid yang dijalankan di seluruh negara.

Menurut beliau lagi, kadar pematuhan PKP sehingga semalam ialah 97 peratus. Masih ada 3 peratus yang masih berdegil untuk patuhi arahan yang dikeluarkan. – BERNAMA

11837