COVID-19: Tiada Kes Baharu Di Sabah Hari Ini

KOTA KINABALU: Tiada kes baharu dicatatkan di Sabah hari ini dengan jumlah keseluruhan kes kekal sebanyak 248 kes, setakat ini.

Menurut statistik terbaharu yang disiarkan Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Phoon di Facebook beliau sebentar tadi, seramai lima lagi pesakit pulih dan dibenarkan pulang, hari ini.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang telah sembuh setakat ini seramai 87 orang.

Kes kematian akibat wabak itu juga kekal sebanyak dua kes iaitu masing-masing di Tawau dan Tambunan.

Sabah juga kekal negeri keenam tertinggi mencatatkan kes Covid-19 selepas Selangor yang merekodkan jumlah 1,118 kes, Kuala Lumpur (699), Johor (503), Sarawak (312) dan Negeri Sembilan (281). – Berita Sabah

6545