Polis Buru Dua Lelaki Selepas Pecah Masuk Kedai Serbaneka 24 Jam Di Sandakan

Dua lelaki yang memecah masuk kedai serbaneka 24 jam.

SANDAKAN: Dua orang lelaki disyaki terlibat dalam kes pecah kedai serbaneka 24 jam sedang diburu oleh pihak polis di sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, kedua suspek berjaya melarikan diri apabila kereta yang dipandu suspek terserempak dengan Unit Peronda Polis di Kampung Forest kira-kira jam 11.29 malam Isnin lepas.

“Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan terbabit, yang ditinggalkan oleh kedua suspek menemui pelbagai barangan seperti makanan segera, ubat-ubatan dalam kuantiti yang banyak tertera tanda harga kedai Gemilang.

“Hasil siasatan pihak polis mendapati suspek yang melarikan diri terlibat dengan kes pecah kedai beberapa jam sebelumnya,” katanya.

Beliau berkata barang-barang yang ditemui dan kenderaan terbabit dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan untuk siasatan.

Azhar berkata pengadu yang juga pemilik kedai mengesahkan barang-barang yang ditemui telah dicuri dari kedainya berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

“Pihak polis masih menjalankan usaha dalam mengesan kedua dua suspek yang melarikan diri,” katanya.
 
Beliau berkata kes berkenaan akan disiasat dibawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

4224