Mayat Ditemui Tergantung Di Pulau Gaya

Foto Ihsan Polis KK

KOTA KINABALU: Mayat seorang lelaki tanpa identiti dipercayai warga asing ditemui tergantung di pokok di kawasan Kampung Pondo, Pulau Gaya, di sini, pagi tadi.

Mayat lelaki itu ditemui oleh penduduk kampung di kawasan bukit di kampung berkenaan sebelum menghubungi pihak polis, jam 8.11 pagi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis dari Balai Polis Pulau Gaya bergegas ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi kejadian mendapati seorang lelaki ditemui tergantung pada pokok yang lengkap berpakaian.

“Pemeriksaan ke atas mangsa mendapati tiada pengenalan diri ditemui dan si mati dipercayai warga asing berdasarkan tiad suntikan BCG,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Foto Ihsan Polis KK

Menurutnya, pemeriksaan lanjut juga mendapati tiada sebarang unsur jenayah berlaku.

“Mayat mangsa dihantar ke
Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth ( HQE) untuk bedah siasat.

“Siasatan masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi Ketua Balai Polis Pulau Gaya Asisten Superintendan (ASP) Mohd Zulfikar Abd Salam di talian 0198009455. Berita Sabah

2575