Bank Sesak Di Hari Pertama Bayaran BPN

Situasi di Pekan Semporna. – Gambar Media Sosial

PENAMPANG: Beratur panjang sehingga tiga blok kedai, itu antara situasi yang dapat dilihat di Bank Simpanan Nasional (BSN) pagi tadi susulan hari pertama pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

Walau kebanyakan orang yang beratur memakai topeng penutup hidung dan mulut namun, masih ada yang tidak mengendahkan jarak sosial satu meter.

Tinjauan sekitar Penampang mendapati orang ramai memenuhi BSN seawal 9 pagi bagi mengambil wang bantuan yang berkemungkinan ingin digunakan bagi membeli keperluan dapur.

Pembayaran BPN dibayar secara berperingkat mengikut tarikh yang telah dimaklumkan kepada penerima bantuan melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

Pembayaran BPN dibayar secara berperingkat bermula 6 hingga 12 April bagi isu rumah berpendapatan RM4,000 ke bawah. Manakala, pembayaran bagi isi rumah berpendapatan RM4,000 hingga RM8,000 akan mula dibayar pada 13 hingga 15 April.

Untuk individu bujang berpendapatan RM2,000 dan ke bawah akan dibayar secara berperingkat antara 6 hingga 12 April sementara individu bujang dengan pendapatan RM2,000 hingga RM4,000 akan dibayar secara berperingkat bermula 13 hingga 15 April.

Menerusi paparan Facebook ‘Oh Sempornaku’ turut memaparkan gambar sekitar Pekan Semporna dimana orang ramai beratur panjang di kedua-dua bank di pekan berkenaan.

Antara komen yang dipaparkan dalam page berkenaan adalah daripada Rizanshah Ralis (sic) “Kita tidak juga boleh menilai dengan mata sendiri bah. Fikir ke dalam lagi, orang memerlukan duit sekarang. Ada yang tiada kerja, tiada duit belanja jadi sanggup beratur sampai begitu panjang”.- BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *