Sesiapa Hadir Majlis Perkahwinan Di Kampung Batandok Pada 14 Mac Sila Buat Saringan Covid-19

BEAUFORT: Pejabat Kesihatan Beaufort meminta orang ramai yang menghadiri majlis perkahwinan yang berlangsung di Kampung Batandok Poring pada 14 Mac lalu supaya tampil melakukan saringan keishatan di Hospital Beaufort dengan kadar segera.

Pejabat Kesihatan Kawasan Beaufort dalam satu kenyataan memaklumkna pihaknya sedang mengesan semua tetamu yang hadir dalam majlis perkahwinan yang berlangsung dari 11.30 pagi hingga 2 petang berkenaan.

Bagaimanapun orang ramai yang ingin datang membuat saringan dinasihatkan supaya menghubungi talian hotline Hospital Beaufort di talian 087 212333 sambungan 493 terlebih dahulu bagi menetapkan masa saringan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *