Apa Status Kami? – Penghuni PPR Harmoni, Sandakan

Kelihatan individu menghantar bekalan makanan di pintu pagar utama di PPR Taman Harmoni, Sandakan. Gambar Hazsyah Abdul Rahman

SANDAKAN: Belum ada sebarang kenyataan rasmi dari mana-mana pihak berkaitan status terkini Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Harmoni di Batu 3, Sandakan yang dikawal ketat sejak semalam.

Tinjauan di lokasi mendapati semua penghuni masih tidak dibenarkan keluar dan tiada orang luar dibenarkan masuk ke perumahan terbabit.

Seorang penghuni yang dihubungi, Rabiah Bure, 24, berkata, sejak semalam mereka diberikan arahan supaya tidak keluar rumah.

“Kami diarahkan keluar, untuk buang sampah pun dibenarkan pada waktu tengah hari dan petang sahaja. Waktu malam sudah tidak dibenarkan sama sekali.

“Kelmarin, ada kakitangan kesihatan datang ke sini memberikan penerangan tentang penjagaan kesihatan dan memeriksa suhu badan kami,” katanya.

Sejak jam 2 petang semalam, penghuni di kawasan itu tidak dibenarkan keluar dan tiada sesiapa dibenarkan masuk dan pintu utama ke perumahan itu dikawal pihak berkuasa.

Tetapi, sehingga kini tiada pihak memaklumkan sama ada perumahan itu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) atau tidak.

SumbeR: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *