Pembayaran BPN Fasa Pertama Mulai 6 April – Menteri Kewangan

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. -Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membuat pembayaran fasa pertama Bantuan Prihatin Nasional (BPN) secara berperingkat mulai 6 April ini.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz, memaklumkan pembayaran fasa pertama Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang berjumlah RM5.63 bilion akan dibuat secara berperingkat mulai 6 April 2020 (Isnin).

Beliau berkata, bagi fasa pertama ini seramai 8.3 juta penerima isi rumah dan individu bujang sudah diluluskan.

Pembayaran berjumlah RM5.63 bilion itu akan memanfaatkan 8.3 juta isi rumah.

Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata pembayaran BPN dapat dilakukan dengan lebih cepat hasil kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi membantu rakyat memerlukan.

“Saya ingin menasihati rakyat supaya berhati-hati dengan scammer mengambil peluang menipu orang awam yang memerlukan bantuan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.