Frontliner & Golongan Asnaf Dapat Perhatian Masjid Al-Khautar Tawau

Gambar Ihsan Masjid Al-Kauthar Tawau

TAWAU: Pengurusan Masjid Al Kauthar Jalan Pesisir Tawau, sentiasa bersedia menyampaikan sumbangan kepada barisan petugas hadapan dan golongan asnaf di daerah ini.

Pengerusi masjid Khalid Mohd Tahir berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan barangan keperluan dapur kepada golongan asnaf dan kementerian berkenaan dianggarkan bernilai hampir RM7,000, di sini, hari ini.

Gambar Ihsan Masjid Al-Kauthar Tawau

“Bukan sahaja barangan dapur, malah jika ada permintaan menyediakan alat keperluan petugas termasuk pakaian pelindung diri (PPE), kami sedia membantu.

“Sumbangan hari ini menggunakan wang tabung masjid sepenuhnya yang disumbangkan orang ramai sebelum ini,” katanya.

Justeru, pihaknya merasakan ada keperluan memberi barangan keperluan dapur seperti beras, minyak, gula dan telur kepada petugas KKM dalam usaha membantu meringankan beban tugas mereka.

Gambar Ihsan Masjid Al-Kauthar Tawau

“Selain itu, sumbangan turut diagihkan kepada 103 golongan asnaf yang dikenal pasti dan mempunyai rekod dengan pihak masjid,” katanya.

Gambar Ihsan Masjid Al-Kauthar Tawau
Gambar Ihsan Masjid Al-Kauthar Tawau
Gambar Ihsan Masjid Al-Kauthar Tawau
Khalid (tiga kanan) menyampaikan sumbangan kepada wakil KKM. – Gambar Masjid Al-Kauthar Tawau
336