UMNO Sabah Agih 12,500 Pek Makanan

Sumber Foto: Facebook Bung Moktar Radin

SANDAKAN: Pengerusi UMNO Sabah Dato’ Sri Bung Moktar Radin sebelum ini telah mengarahkan sukarelawan UMNO Sabah agar menyampaikan bantuan kepada rakyat tanpa mengira fahaman politik.

“Saya telah arahkan mereka supaya bagi bantuan kepada rakyat yang memerlukan bantuan makanan tanpa menggira parti dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Beliau ada menerima pelbagai aduan dimana terdapat pemimpin serta orang yang dipertanggungjawabkan bagi mengagih bantuan makanan bernilai RM100 agihkan barangan makanan itu untuk parti tertentu sahaja.

Sumber Foto: Facebook Bung Moktar Radin

“Harga bantuan sepatutnya RM100 tidak sampai pun RM70 disampaikan. Hari ini rakyat sudah pintar mengira harga barang yang diagihkan kepada mereka,” katanya.

Bung Moktar enggan mendedahkan apa parti itu tetapi disifatnya adalah tidak adil kepada rakyat, “dan kita juga boleh melihat di laman sosial banyak yang menyatakan berhubung perkara ini.”

Bagi beliau yang penting mana-mana rakyat memerlukan bantuan makanan akan diedarkan bantuan.

Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan UUMNO Sabah telah mengedarkan bantuan 12,500 pek makanan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) seluruh Sabah.

Sumber Foto: Facebook Bung Moktar Radin

“Bantuan ini diberikan kepada rakyat yang memerlukan tanpa mengira fahaman politik,” katanya.

Beliau berkata pihaknya juga akan menyediakan bantuan kepada petugas barisan hadapan COVID-19 dalam masa terdekat, cuma bekalan kekurangan buat masa ini.

“Saya selaku Ahli Parlimen Kinabatangan telah menyediakan 2,500 pek barang makanan di Parlimen Kinabatangan iaitu 2,000 pek dari Parlimen Kinabatangan dan 500 pek lagi dari UMNO Sabah,” katanya.

Bung Moktar faham bantuan ini tidak mencukupi kerana terlalu ramai rakyat yang memerlukan.

Beliau berkata pihaknya memahamai situasi dimana petani, pekerja ladang, peladang tidak bekerja dan kehilangan sumber pendapatan, walaupun ada pakej rangsangan diberikan oleh kerajaan tetapi menunggu masa sedikit.

“InsyaAllah, UMNO Sabah dan saya selaku Ahli Parlimen amat prihatin keperluan rakyat ini yang memerlukan pertolongan sepanjang tempoh PKP ini.

 “Saya akan pastikan dan berusaha membantu bagi memastikan rakyat memiliki bekalan makanan terutamanya di kawasan Parlimen Kinabatangan,” katanya.

Dalam pada itu, Bung Moktar meminta rakyat perlu mematuhi arahan pihak berkuasa sepanjang PKP ini.

“Kita perlu ambil iktibar daripada negara China, Itali dan beberapa buah negara lain,” katanya.

Beliau berkata lihat negara Singapura dan Korea dimana rakyatnya patuh kepada arahan yang dikeluarkan.

“Memang kita dengar pelbagai cara perubatan dilakukan tetapi cara terbaik adalah jangan keluar rumah,” katanya. – Utusan Borneo

506