COVID-19: Tempoh Dua Minggu Terakhir PKP Jadi Penentu

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini.-foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Tempoh dua minggu terakhir Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berakhir 14 April ini menjadi penentu sama ada usaha untuk memecahkan rangkaian jangkitan koronavirus (Covid-19) berjaya ataupun sebaliknya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hasil PKP bergantung kepada disiplin rakyat.

“Kita telah menyelesaikan dua minggu (PKP) dan dua minggu lagi terpulang kepada anda dan saya,” katanya.

Menurutnya, kerajaan optimis dapat meratakan lengkungan kes dan mengelakkan kenaikan mendadak.

SumbeR: Sinar Harian

600