Pembantu Tadbir KKM Korban Ke-35 COVID-19

KUALA LUMPUR: Seorang pembantu tadbir Kementerian Kesihatan menjadi korban ke-35, mangsa terbaharu wabak COVID-19 apabila meninggal dunia ketika dalam rawatan di Hospital Sungai Buloh, petang semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata Saziah Mohd Said, 57, yang juga Pembantu Tadbir di Bahagian Sumber Manusia KKM, meninggal dunia jam 4 petang tadi.

“Pemergian Allahyarhamah merupakan satu kehilangan buat KKM,” katanya Dr Adham menerusi perkongsian dalam akuan Facebook, malam ini.

SumbeR: Berita Harian

594