TERKINI: Malaysia Catat 130 Kes Terbaru Covid-19, 54 Pesakit Di ICU

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan bahawa sebanyak 130 kes positif baru dilaporkan setakat 27 Mac 2020.

Menerusi sidang media yang dilakukan sebentar tadi, pertambahan kes positif terbaru itu menjadikan jumlah keseluruhan yang telah dilaporkan di Malaysia meningkat kepada 2,161.

Dalam pada itu, seramai 54 orang pesakit Covid-19 sedang dirawat di ICU termasuk 34 lagi yang kini bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Sumber: KKM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *