Jalan Utama Penampang-Tambunan-Keningau Tidak Ditutup

Gambar Facebook Berita RTM Sabah.

TAMBUNAN: Tiada penutupan jalan berlaku di laluan utama Jalan Penampang-Tambunan-Keningau seperti yang ditularkan dalam laman media sosial.

Jawatankuasa Bencana Daerah Tambunan memaklumkan laluan utama Jalan Penampang-Tambunan-Keningau masih dibuka dan boleh dilalui oleh semua pengguna jalan raya.

Jalan yang ditutup adalah Jalan Kinabaan yang merupakan jalan kecil bagi mengelak pengguna jalan raya melarikan diri daripada sekatan polis.

Gambar Facebook Berita RTM Sabah.

Penutupan jalan kecil itu dibuat setelah perbincangan dilakukan antara Pegawai Daerah dan Ketua Polis Daerah bagi membolehkan pihak berkuasa memantau pergerakan orang awam di jalan utama sahaja.

Bagi mengelakkan orang ramai lari daripada sekatan jalan raya, Jawatankuasa Bencana Daerah Tambunan terpaksa menambah penghadang jalan besi di Jalan Kinabaan-Toboh berikutan ada pihak yang mengalihkan penghadang jalan yang ditempatkan di situ sebelum ini.

1145