COVID-19 : Hanya Satu Kes Bertambah Di Sabah Hari Ini

KOTA KINABALU: Kes Covid-19 di Tawau bertambah satu lagi menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini sebanyak 49 kes dan kekal sebagai daerah tertinggi merekodkan jangkitan wabak terbabit.

Bagaimanapun, pertambahan kes terbabit adalah satu-satunya di Sabah, hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kini 170 kes.

Ini bermakna kesemua daerah lain yang mempunyai kes Covid-19 kekal dengan jumlah sebelum ini, termasuk dua daerah antara yang mencatat kes tertinggi iaitu Lahad Datu sebanyak 34 kes dan Kota Kinabalu yang kekal dengan 23 kes.

Lain-lain daerah yang kekal dengan jumlah sebelum ini ialah Tuaran dengan 12 kes, Kinabatangan dan Sandakan masing-masing 11 kes, Beaufort (6), Kota Belud (5), Kunak (5), Putatan (4), Sipitang (4), Papar (2), Ranau (2), Semporna (1), dan Penampang (1).

Bagaimanapun, Sabah kekal negeri ketiga tertinggi mempunyai kes Covid-19 selepas Selangor yang kini mencatat 381 kes dan Kuala Lumpur yang merekodkan 257 kes.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *