Lelaki Melecur Ketika Selamatkan Diri

Anggota bomba memadam Anggota kebakaran membabitkan sebuah rumah di Kampung Merampung, Keningau.

KENINGAU: Seorang lelaki melecur di bahagian kaki dan tangan ketika cuba menyelamatkan diri selepas rumah didiami bersama keluarganya musnah terbakar dalam kejadian di Kampung Merampung, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 6.20 pagi itu, mangsa Razi Juanis, 30-an, yang menerima rawatan di Hospital Keningau bagaimanapun dalam keadaan stabil.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu, jam 6.26 pagi.

bomba memadam Anggota kebakaran membabitkan sebuah rumah di Kampung Merampung, Keningau.

Katanya, tiga jentera dengan 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau ke lokasi kejadian.

“Kita bantu kawal jam 6.58 pagi di rumah setingkat. Seorang penghuni lelaki melecur di bahagian kaki dan tangan ketika menyelamatkan diri.

“Mangsa diberi rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Keningau untuk rawatan lanjut.

“Punca sebenar kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan anggota bomba,” katanya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. – Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *