COVID-19: 22 Kes Baharu Positif Di Sabah

KOTA KINABALU: Sabah terus mencatat peningkatan kes positif COVID-19 dengan 22 kes baharu dilaporkan petang ini (22 Mac).

Dalam kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) jumlah berkenaan menjadikan kes terkumpul positif COVID-19 di negeri ini mencapai jumlah sebanyak 158 kes.

Kes positif COVID-19 di Sabah yang ketiga tertinggi direkodkan di Malaysia selepas Selangor dengan 309 kes dan Kuala Lumpur sebanyak 183 kes.

Dua kes kematian COVID-19 direkodkan pada 22 Mac 2020 menjadikan jumlah terkumpul kematian sebanyak 10 kes.

Kes kematian kesembilan membabitkan seorang lelaki iaitu doktor perubatan KKM berumur 48 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke Turki.

Kes kematian ke-10 seorang lelaki berumur 74 tahun dari kluster tabligh yang dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang pada 13 Mac sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 4.05 petang. Kedua-dua kes adalah warganegara Malaysia.

Terdapat 123 kes baharu dilaporkan iaitu 74 dari kluster perhimpunan tabligh dan 49 kes dari lain-lain kluster.

Jumlah berkenaan menjadikan kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 1,306 kes.

Sebanyak 25 kes dilaporkan pulih dan dibenarkan discaj pada 22 Mac 2020 dan menjadikan jumlah terkumpul kes pulih sepenuhnya sebanyak 139 kes.

SumbeR: Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *