Sabah Catat 17 Kes Baru Covid-19, Jumlah Setakat Ini 136

Pegawai penguatkuasa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu memeriksa suhu badan seorang budak lelaki di Terminal Bas Ke Utara Kota Kinabalu di Inanam. Terminal itu berhenti beroperasi hari ini susulan perintah kawalan pergerakan.

KOTA KINABALU: 17 kes baru Covid-19 dicatatkan di Sabah hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan di negeri ini 136 orang.

Sabah mempunyai angka ke-3 tertinggi kes Covid-19 selepas Selangor (292) dan Kuala Lumpur (166).

Ia mencatatkan kematian pertama akibat virus tersebut semalam membabitkan lelaki berusia 58 tahun.

Tawau mencatatkan jumlah kes terbanyak iaitu 37, diikuti Lahad Datu (32), Kota Kinabalu (17), Kinabatangan (11), Sandakan (8), Beaufort (6), Tuaran (6), Kunak (5), Kota Belud (5) Sipitang (4), Putatan (3), dan Semporna serta Papar (1).

Tiada kematian dilaporkan di negeri ini hari ini.

Pusat kawalan Covid-19 Sabah juga melaporkan penutupan jeti antara daerah di Kudat, Kota Kinabalu, Sipitang, Lahad Datu, Sandakan dan Tawau.

Masa operasi restoran, stesen minyak, pasar raya, pasar dan kedai juga dihadkan oleh pihak berkuasa tempatan susulan perintah kawalan pergerakan selama 2 minggu dari 18 hingga 31 Mac. – FMT

https://www.facebook.com/FrankiePoonMingFung/photos/pcb.1441483649364053/1441481469364271/?type=3&theater

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *