Suspek Positif COVID-19 Pertama Di Sabah Meninggal Petang Tadi

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

TAWAU: Suspek positif COVID-19 pertama di Sabah dipercayai telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Besar Tawau (HBT) pada jam 6.27 petang hari ini.

Mangsa, 58, telah dimasukkan ke Hospital Besar Tawau pada 10 Mac sebelum disahkan positif pada 12 Mac lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah melalui kenyataan Facebooknya mengesahkan kes kematian itu.

Pegawai Kesihatan Tawau, Dr. G. Navindran ketika dihubungi turut mengesah kematian mangsa. 

Ini menjadikan kes kematian COVID-19 seramai tiga orang setakat ini. 

Waris mangsa ketika dihubungi berkata, mangsa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pasir Putih, di sini, malam ini.