Sabah Benarkan Kemasukan Tiga Kumpulan Secara Bersyarat

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah memberi kebenaran kemasukkan ke negeri ini bermula 18 Mac hingga 31 Mac kepada beberapa kumpulan tertentu yang menepati syarat ditetapkan.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dalam satu kenyataan berkata, kebenaran itu dikeluarkan selari dengan Perintah Sekatan Imigresen yang dikeluarkan Ketua Menteri Sabah berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara,

Tiga kumpulan yang diberi kebenaran sepanjang tempoh perintah itu ialah:

– Penjawat awam negeri dan Persekutuan yang masuk ke Sabah untuk menjalankan tugas-tugas ‘essential services’ tertakluk kepada surat pengesahan ketua jabatan yang dikeluarkan khusus setiap kali keperluan tugas.

– Pekerja sektor swasta yang masuk ke Negeri Sabah untuk menjalankan tugas-tugas ‘essential services’ tertakluk kepada surat pengesahan majikan yang dikeluarkan khusus setiap kali keperluan tugas.

– Penduduk bukan rakyat Sabah termasuk suami isteri dan anak mereka dengan pemegang Pas Penduduk Tetap Sabah, penduduk Sabah di bawah pas kerja, pas pelajar, pas lawatan sosial jangka panjang atau apa-apa perintah pengecualian dibenarkan masuk tertakluk kepada kuarantin kendiri selama 14 hari, stay home notice.

Sumber: BorneoToday

2289