JaPen Sabah Lakukan Hebahan Covid-19 Menerusi IOW

KOTA KINABALU: Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Sabah mengambil inisiatif melakukan hebahan Info On Wheel (IOW) di 23 daerah di seluruh negeri bagi memaklumkan orang ramai mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) yang berkuatkuasa 18 hingga 31 Mac ini.

Untuk hari ini sahaja, 40 program hebahan dilaksana di Sabah membabitkan 150 lokasi dengan membabitkan 100 orang kakitangan JaPen Sabah.

Daerah terlibat adalah Tuaran, Tenom, Kunak, Kuala Penyu, Ranau, Sipitang, Kota Kinabalu, Penampang, Lahad Datu, Kudat, Semporna, Kota Belud, Kota Marudu, Beaufort, Sandakan, Papar, Kinabatangan, Tawau, Keningau, Pitas, Tambunan, Beluran dan Nabawan.

Program paling banyak adalah di Lahad Datu dengan enam program susulan kes positif Covid-19 di daerah itu adalah yang tertinggi direkodkan berbanding daerah lain di Sabah.

Hebahan tesebut berbunyi seperti “Demi keselamatan dan kesihatan kita bersama, anda diminta untuk sentiasa patuhi Perintah Kawalan Pergerakan ini.

“Pergerakan anda di luar rumah perlu dihadkan sepanjang tempoh tersebut kecuali untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan, bekalan makanan dan menjalankan tugas bagi mereka yang perlu bertugas.

“Selain itu, adalah lebih baik kita semua berada di rumah untuk mengawal penyebaran virus berbahaya Covid-19,”.

Sumber: BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *