UTC Tawau Tutup

UTC Tawau

TAWAU: Pusat Transformasi Bandar (UTC) Tawau, di Tawau, ditutup bermula hari ini hingga 31 Mac depan.

Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) Datuk Ir Amrullah Kamal berkata, penutupan itu sebagai langkah bagi mengelak penularan Covid-19.

“Orang ramai diminta untuk berurusan dengan pejabat jabatan atau agensi yang berdekatan bagi mendapatkan perkhidmatan berkaitan,” katanya menerusi kenyataan.

UTC Tawau menempatkan pejabat kerajaan persekutuan dan agensi kerajaan negeri seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Tanah dan Ukur, dan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS).

Sehubungan itu katanya, semua pasar malam, tamu dan gerai turut diarah tutup kecuali pasar raya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian.

“Penyewaan dewan dan semua fasiliti MPT juga ditangguhkan,” katanya.

Orang ramai boleh merujuk notis Perintah Kawalan Pergerakan di semua pihak berkuasa tempatan (PBT) Sabah melalui laman sesawang http://www.mpt.sabah.gov.my/

Sumber: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *