Lahad Datu Daerah Tertinggi Positif Covid-19 Di Sabah

LAHAD DATU; 15 MARCH 2020 (Ahad) – Daerah Lahad Datu merekodkan 14-individu yang telah disahkan Positif Covid-19 pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan semuanya sedang di kuarantin di Hospital Lahad Datu.

Angka tersebut juga mencatatkan Lahad Datu merupakan daerah tertinggi positif Covid-19 di Sabah setakat hari ini dan daripada jumlah itu, tiga merupakan warga Indonesia.

Berikutan itu, Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor menegaskan bahawa tiada sebarang larangan kepada orang luar dari memasuki daerah Lahad Datu seperti yang ditularkan.

Selain itu katanya, tiada pesakit Positif covid-19 yang melarikan diri dari hospital Lahad Datu seperti didakwa pihak tertentu.

Beliau juga menjelaskan bahawa Lahad Datu masih berkeadaan baik dan terkawal.

Mengulas lanjut, beliau menasihatkan masyarakat Lahad Datu agar melakukan pemeriksaan segera sekiranya terdapat ciri-ciri terkena jangkitan virus covid19 sebagaimana yang diarahkan pihak Jabatan Kesihatan.

ACP Nasri berkata, pihaknya juga mengambil langkah serius sekiranya terdapat sebarang penularan berita palsu yang boleh menggugat ketenteraman awam Selain boleh disiasat dibawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan Dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.

Beliau meminta agar orang ramai tidak menyiarkan berita tidak sahih dan sekiranya terdapat sebarang kemusykilan berkaitan penularan virus covid19 diminta terus merujuk pihak Jabatan Kesihatan atau Pihak Polis.

Setakat hari ini, negeri Sabah mencatatkan 49 kes Positif covid-19.

#BESTAWAUfm