Peserta Wacana Fatwa Halal 5 Mac Di Labuan Diminta Hadir Untuk Saringan Kesihatan

LABUAN: Jabatan Kesihatan Labuan hari ini meminta warga Labuan yang hadir ke Program Wacana Fatwa Halal pada 5 Mac lalu agar tampil untuk saringan kesihatan hari ini..

Saringan ini adalah penting susulan dua kes koronavirus (COVID-19) di pulau bebas cukai sini yang dikesan pada Jumaat yang dikaitkan dengan  perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling, pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu.

Pengarahnya Dr Ismuni Bohari berkata pegawai-pegawainya kini sedang giat mengesan kontak kepada kes berkenaan untuk tujuan saringan.

“Saya memohon kerjasama kepada seluruh masyarakat  Labuan yang telah hadir ke program berkenaan anjuran Pejabat Mufti dan Perbadanan Labuan untuk melakukan saringan kesihatan di Klinik Kesihatan Membedai hari ini bermula  8 pagi hingga 3 petang.

Lebih 500 warga Labuan (dan mungkin ada dari luar Labuan) yang hadir dalam Program Wacana Fatwa Halal di Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan.

Kementerian Kesihatan Malaysia semalam mengeluarkan kemaskini kenyataan COVID-19 seluruh negara dengan memasukkan Labuan sebagai antara negeri)/wilayah persekutuan yang kini ada merekodkan kes COVID-19.

Sabah yang merupakan negeri terdekat Labuan mencatatkan 15 kes, manakala negara jiran terdekat Brunei sebanyak 25 kes sehingga Jumaat.

Sumber: BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *