Lelaki Maut Motosikal Ditunggang Langgar Kereta

Mangsa yang parah menerima rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Beaufort.

BEAUFORT : Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Limbawang Bypass, Beaufort, petang semalam.

Dalam kejadian jam 6.20 petang itu, mangsa Abdul Rasyid Rasyid Oka, 57, parah dibahagian kepala meninggal dunia ketika menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Beaufort.

Keadaan kereta Proton Iswara terbabit kemalangan di Jalan Limbawang Bypass, Beaufort.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmit Abd Razak berkata, mangsa dipercayai baru pulang dari tempat kerja menuju ke rumahnya

Katanya, siasatan awal mendapati kereta jenis Proton Iswara yang dipandu seorang lelaki berusia 49 tahun dalam perjalanan dari arah Beaufort menuju ke arah Kampung Limbawang manakala motosikal ditunggang mangsa dari arah Kampung Mempagar menuju ke Kampung Kubu.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta Proton Iswara yang sedang bergerak di laluan utama dilanggar dibahagian tepi sebelah kiri oleh motosikal mangsa yang keluar secara tiba-tiba dari simpang sebelah kiri.

“Akibat kejadian itu, mangsa parah dibahagian kepala dan meninggal dunia ketika menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Beaufort manakala pemandu Proton Iswara tidak cedera,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Jelasnya, siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *