
20 INDIVIDU HADIRI PERHIMPUNAN DAKWAH DI MASJID JAMEK SERI PETALING AKAN BUAT SARINGAN COVID-19 DI SEMPORNA
SEMPORNA; 12 MARCH 2020 (Khamis) – Seramai 20 individu yang menyertai perhimpunan Keagamaan di Masjid Seri Petaling Kuala Lumpur akan membuat saringan Covid-19 di Hospital Semporna, pagi ini.
Pengarah Hospital Semporna, Dr Mohd Syahfadzreen Yunus yang dihubungi pemberita RTM berkata, kesemua mereka akan menjalani saringan itu pukul 9-pagi ini.
Beliau berkata, saringan itu susulan kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengarahkan semua Jabatan Kesihatan Negeri mengesan lebih 5-ribu jemaah Malaysia yang menyertai perhimpunan itu.
Jelasnya, ia termasuk warganegara Brunei yang Kembali ke negaranya disahkan Positif COVID-19 selepas menghadiri perhimpunan tersebut diantara 29 Februari hingga 5 Mac lepas.
#BESTAWAUfm