Lelaki Tempatan Ditahan Bersama Senapang Buatan Sendiri

Senjata api buatan sendiri yang dirampas semasa penahanan suspek.

PAPAR: Seorang lelaki tempatan ditahan polis selepas didapati memiliki selaras senjata api buatan sendiri dalan satu serbuan di sini.

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan Batholomew Umpit berkata suspek berumur 25 tahun itu ditahan di Kampung Langsat di sini petang semalam.

“Hasil pemeriksaan mendapati suspek memiliki selaras senjata api buatan sendiri yang mana melanggar undang-undang yang ditetapkan.

“Suspek kini ditahan di IPD Papar dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960,” katanya.

Beliau juga mengingatkan orang ramai agar tidak membuat serta menyimpan senjata api buatan sendiri tanpa kebenaran pihak berkuasa dan sentiasa mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *