25 ‘Sumandak’ Rebut Gelaran Miss Takad Nabalu Ambassador 2020

residen Pertubuhan Takad Nabalu Datuk James Ratib (duduk tengah), pengerusi penganjur Jainetha Stephen (duduk empat kanan) serta AJK Takad Nabalu dan sponsor bersama dengan 25 finalis . – Foto Takad Nabalu

KOTA KINABALU: Seramai 25 jelitawan di Sabah bakal merebut gelaran dalam pertandingan akhir Miss Takad Nabalu Ambassador 2020 yang turut menawarkan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM50,000 di International Technology & Commercial Centre (ITCC), 21 Mac ini.

Pengerusi penganjur, Jainetha Stephen berkata pertandingan yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kebajikan Takad Nabalu itu bertujuan untuk mengumpul dana untuk disumbangkan kepada Rumah Kanak-Kanak Bondulu, Toboh Tambunan dan sebuah rumah pastoral yang akan dinamakan kelak.

Antara finalis Miss Takad Nabalu Ambassador 2020. – Foto Takad Nabalu

“Menyalurkan bantuan kepada organisasi kebajikan adalah antara misi pertubuhan Takad Nabalu yang diketuai oleh Presidennya Datuk James Ratib,” katanya pada sidang media di sini, malam tadi.

Jainetha berkata, 36 gadis berumur antara 18 hingga 26 tahun telah menghadiri uji bakat pada 29 Februari lepas.

“Pada mulanya kami mencari 15 peserta ke pusingan akhir tetapi atas keprihatinan Presiden Takad Nabalu, yang mahu memberi peluang kepada peserta lain untuk mencari pengalaman dalam pertandingan itu, maka ia ditambah kepada 25 peserta,” katanya.

Antara finalis Miss Takad Nabalu Ambassador 2020. – Foto Takad Nabalu

Katanya, daripada jumlah itu, hanya tujuh finalis akan dipilih ke pusingan penentuan untuk sesi soal jawab dan pemenang akan dimahkotakan oleh Miss Malaysia 2019, Shwetajeet Kaur.

“Pemenang Miss Takad Nabalu Ambassador akan diberi latihan lanjut supaya berpeluang mengembangkan bakat di peringkat lebih tinggi. Pemenang juga akan dipertanggungjawabkan untuk menjalankan kerja kebajikan yang dianjurkan oleh Pertubuhan Takad Nabalu,” katanya.

Antara finalis Miss Takad Nabalu Ambassador 2020. – Foto Takad Nabalu
Antara finalis Miss Takad Nabalu Ambassador 2020. – Foto Takad Nabalu
Jainetha (tengah) bercakap dalam sidang media di Hotel Palace.  – Foto Takad Nabalu