‘Saya Perdana Menteri Untuk Semua Rakyat Malaysia’ – Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau adalah Perdana Menteri untuk seluruh rakyat Malaysia.

“Saya adalah Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia, dari Perlis hingga ke Sabah,” katanya dalam ucapan yang disiarkan secara langsung, sebentar tadi.

Muhyiddin meminta rakyat memberikannya sedikit masa untuk menetapkan garis utama utama hala tuju kerajaan dan negara di bawah pentadbiran baharu.

“Saya merayu saudara dan saudari memberi sokongan padu kepada saya untuk memikul amanah dan tanggungjawab besar ini.

“Berilah saya peluang untuk memanfaatkan 40 tahun pengalaman saya dalam politik untuk mengemudi Malaysia ke arah kegemilangan. Saya juga tawarkan jiwa dan raga saya untuk negara,” katanya. – Berita Harian

1581