YDP Agong Berkenan Melantik Muhyiddin Yassin Sebagai Perdana Menteri Ke-8

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan melantik Tan Sri Mahiaddin Md Yassin (Muhyiddin) sebagai Perdana Menteri kelapan.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, pada hemat Seri Paduka Baginda, Tan Sri Muhyiddin Yasin mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat.

”Sehubungan itu, Seri Paduka Baginda berkenan melantik Tan Sri Mahiaddin Md Yassin (Muhyiddin) sebagai Perdana Menteri selaras dengan Perkara 40(2) (a) dan Perkara 43 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Beliau akan mengangkat sumpah pada pukul 10.30 pagi esok di Istana Negara.

Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana Menteri kelapan – Kenyataan Istana Negara pic.twitter.com/YYqLvZeIoc

— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) February 29, 2020

3401